Ubat Rawatan Resdung

Aku pernah kena resdung yang teruk. Mula-mula memang ada resdung tapi kali ni resdung yang teruk disebabkan jangkitan kuman. Masa scan CT doktor nampak dalam hidung banyak lendir kuning-kuning. Walaupun lepas makan ubat farmasi tetap tak sembuh. Lepas tu telinga aku pun tersumbat sampai tak dengar macam ada air masuk (rupanya tu ialah lendir hingus yang masuk). Jadi aku pergi hospital untuk check. Aku agak nervous sebab telinga aku tak dengar dan aku ingat aku dah pekak. Masa duduk ward dulu doktor ada bagi ubat panadol dan antibiotik moxifloxacin cucuk pakai air dan juga aku sentiasa diberi air garam. Lepas aku discharge hospital, aku belum sembuh 100% masih hidung tersekat tapi doktor prescribed ubat ni untuk aku:

  1. Sebab aku ada gastric, jadi doktor juga prescribed ubat Nexium mups 40mg yang aku kena amik pada waktu pagi 1 jam sebelum makan. Maksudnya perut kena kosong 1 jam sebelum amik ubat ni (dari yang aku faham). Ubat ni aku amik dulu sebelum antibiotik.
  2. Walaupun dah ada antibiotik kat hospital cucuk pakai air, Aku juga diberi ubat antibiotik yang sama Avelox Moxifloxacin 400MG (Antibiotik) tapi dalam bentuk tablet – (dewasa) – makan 1 tablet pada waktu pagi (sebelum atau selepas makan). Aku amik lepas makan. Kalau miss dose: Amik cepat-cepat 8 jam sebelum dos seterusnya (jadi jangan miss dose antibiotik ni). Masa amik ialah 5 hari. Ubat ni untuk bunuh jangkitan kuman yang menyebabkan resdung kuat.
  3. Lepas antibiotik, aku rehat sekejap 1 jam kemudian aku amik ubat Aerius desloratadin 5MG warna biru. Ubat ni ubat elergic/selsema aku amik waktu pagi (boleh amik selepas atau sebelum makan). Ubat ni doktor prescribed selama 1 bulan dan sehari 1 bijik je.
  4. Selain dari tu, doktor juga prescribed paracetamol 500MG (brand Paracil), boleh amik 2 bijik bila perlu. Aku tak ada sakit atau demam masa kat rumah jadi aku tak amik pun. Paracatemol ni tak boleh amik lebih 8 tablets dalam masa sehari takut ada masalah buah pinggang ok. Kuantiti doktor bagi ialah 20 bijik. Kalau tak sakit atau demam tak perlu pun amik. Kalau kat wad doktor sentiasa bagi sebabnya nak lemahkan badan kita untuk kita rehat supaya antibodi kita kuat lawan resdung ni. Resdung ni kalau cukup tidur pun cepat baik.
  5. Ubat seterusnya yang doktor presrcibed kat aku ialah Cetirizine 10MG yang mana aku kena amik 1 bijik pada waktu malam sebelum tidur. Jadi ubat ni ialah ubat last aku amik sebelum tidur.
  6. Untuk ubat oral pulak ada beberapa doktor prescribe, pertama ialah iliadin 0.05% decongestant Nasal Drop Classic (Ubat ni kecik je size dia). Aku kena amik 2 titik setiap lubang hidung 2 kali sehari. Ubat ni hanya boleh amik maximum 5 hari masa mula2 dia prescribe. Tak boleh overdose sebab boleh membahayakan tisu hidung yang tak boleh dibaiki. Tujuan ubat ni diguna ialah kalau hidung kita tersumbat kuat, dia akan bukak lubang hidung kita supaya senang bernafas. Tapi tujuan utama bukan untuk kita bernafas tapi untuk kita buang hingus kita guna pencuci (yang aku akan bagitau pencucui apa yang doktor bagi). Kalau kita tak pakai ubat ni, pencuci tu susah nak masuk dalam hidung. Kalau lubang hidung tak sumbat tak perlu pakai pon tak apa. Aku pakai masa kat wad je 2 kali aku amik pagi dan malam. Bagusnya jarakkan pagi dan malam jangan amik pagi dan tengah hari. Atau tengah hari dan malam.
  7. Doktor juga ada bagi aku pencuci hidung nama dia Neilmed Sinus Rinse. Dia ada botol macam botol susu dan serbuk. Aku guna pencuci ni 3 kali sehari seperti saranan doktor. Tapi masa hidung aku tersumbat aku kena pakai ubat Iliadin dulu sebelum pakai pencuci ni. Cara pakai dia ada kat Google (nanti aku ada masa aku akan update post ni cara pakai). Bila pakai banyak lendir kuning-kuning keluar dari hidung.
  8. Selain tu juga doktor ada prescribe ubat Sterimar Nasal Hygiene yang aku kena amik lepas 5 minit aku guna pencuci Neilmed Sinur Rinse. Sterimar ni 100% air garam dari laut yang dibuat untuk cuci hidung. Pencuci hidung ni doktor bagi aku dah habis aku guna masa kat wad dan masa balik rumah aku pakai sampai habis sebab aku tekan lama sangat (3 saat) supaya masuk hidung. Lepas habis aku cari kat farmasi tak da stok jadi aku replace pencuci ni dengan brand lain iaitu Tonimer lab 125ml (aku dapatkan nasihat dari farmasi katanya sama je). Pencuci ni aku tengok lagi bagus sebab dia punya spray dia lagi kuat dari Sterimar Nasal Hygiene.
  9. Lepas aku habis antibiotik yang doktor prescribe dalam tablet tu, doktor juga bagi ubat sembur hidung nama dia Nasonex mometasone furoate 140 metered sprays. Ubat ni bukan untuk hembus, tapi untuk kita sedut dari hidung. Jadi kita kena cuci dulu hidung guna pencuci kat atas lepas hidung bersih dan kita boleh bernafas dengan baik baru kita guna nasonex. Nasonex ni doktor prescribe selama sebulan (2 botol). Aku kena amik 2 spra setiap lubang hidung dan pakai pagi dan malam. Lepas pakai jangan keluarkan hingus nanti effect ubat hilang.

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *